Isnin, 16 Mei 2011

Titian Kasih

Saat ini aku termanggu 
Menghayati keindahan taman ini
Menusuk kalbu tersentuh naluri 
Pelbagai bunga harum mewangi
Menghiasi taman umpama syurgawi.

Di taman ini...
Aku hela nafas panjang 
Sealun deruan angin lembut
Melepaskan sebak di dada
Mengukir kata-kata jiwa

Saat ini,
Aku terusan di asak lagi
Persoalan membelenggu diri
Sebak di dada tidak terperi
Merungkai jawapan, mengasak sanubari
Tersika diri...

Aku harapkan kekuatan dan kesabaran
Agar tiada sangsi menyelubungi
Tidak goyah di mamah fitnah dan caci
Anggapan songsang menguji diri
Meniti hari demi hari
Titian kasih suci ini.

Hasil Nukilan: Printesa Aein

Tiada ulasan:

Catat Ulasan