Rabu, 31 Ogos 2011

Puisi - Indahnya Di Aidilfitri

Sepurnama kita berpuasa,
Menahan lapar dan dahaga,
Menjalani perintah yang maha Esa,
Menguji tahap keimanan diri,
Kini tibalah masa yang dinanti,
Kunjungnya Aidilfitri.

Kunjung mengunjung sanak dan saudara,
Teman seperjuangan sentiasa bersama,
Pada yang telah tiada titipkanlah doa,
Yang kurang upaya bantulah mereka,
Bersama kita meraikannya.

Hidangkanlah juadah,
Lemang, ketupat, rendang semuanya ada,
Kuih muih penyeri selera,
Hulurkan tangan maaf dipinta,
Ikhlaskan hati saling memaafi,
Indahnya di Aidilfitri.

Hasil Nukilan: Printesa Aein

Tiada ulasan:

Catat Ulasan